Sunday 12 August 2012

Majlis Berbuka Puasa Masjid Ar-Raudhah, Perlis

Pada 10 Ogos 2012 (Jumaat) yang lalu, satu Majlis Berbuka Puasa bertempat di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis dengan anjuran bersama daripada TPM Biotech Sdn. Bhd., Perlis Bikers, KRT (Rukun Tetangga) serta kerjasama daripada Biro Wanita dan penduduk kampung sekitar Mukim Sungai Batu Pahat. Majlis yang di hadiri lebih kurang 100 orang ini di meriahkan lagi dengan deruman motorsikal-motorsikal berkuasa tinggi daripada Perlis Bikers. Majlis berbuka puasa ini adalah julung kali diadakan anjuran TPM Biotech (Pusat Biotek Herba Perlis) bertujuan untuk memperkenalkan tempat kerja baru dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat.

ATURCARA MAJLIS

Jam 03:30 - 04:30 PTG : Mengemas dan menyediakan tempat serta barangan majlis.
Jam 06:00 – 07:00 PTG : Menyediakan makanan untuk berbuka puasa dan ketibaan jemputan, penduduk kampung.
Jam 06:20 PTG – 07:00 PTG : Ketibaan Perlis Biker dan aktiviti bersama kanak-kanak.
Jam 07:00 – 07:30 PTG : Majlis sumbangan anak yatim dan tazkirah ramadhan.
Jam 07:35 – 08:00 MLM : Jamuan ringan berbuka puasa dan Solat maghrib berjemaah.
Jam 08:00 – 08:40 MLM : Jamuan berbuka puasa.
Jam 08:55 – 09: 30 MLM : Solat Isyak dan Tarawih berjemaah dan jamuan moreh.
Jam 09:30 MLM : Majlis beransur bersurai.

View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album
View album View album View album View album View album

Friday 20 July 2012

Download Jadual Berbuka Puasa 2012


 Tinggal beberapa hari lagi, Seluruh Umat Islam akan menyambut Bulan Ramadhan; di mana seluruh Umat Islam yang cukup syarat wajib menunaikan Rukun Islam yang Ke-tiga; Berpuasa di Bulan Ramadhan. Di kongsi bersama ini, Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1433 H/ 2012 M bagi Seluruh Negeri.
pengumuman berbuka puasa, homosapiensz.com,
Klik di LINK tempat anda untuk DOWNLOAD Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012.

JADUAL WAKTU IMSAK dan BERBUKA PUASA 2012 NEGERI JOHOR
JADUAL WAKTU IMSAK dan BERBUKA PUASA 2012 NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Thursday 24 May 2012

Pengenalan Pusat Biotek Herba Perlis

 Pusat Biotek Herba Perlis, Technology Park Malaysia di tubuhkan untuk memenuhi keperluan usahawan-usahawan di Malaysia khususnya. Terletak di Bukit Ayer, Mukim Kurong Batang, Kangar,Pusat ini menumpukan bukan sahaja dalam Pemprosesan Herba tetapi pemprosan produk berasaskan buah-buahan dan rempah ratus. Dengan teknologi yang sedia ada di sini dapat membantu usahawan Malaysia untuk mengembangkan kualiti produk bermula daripada buahan kering, jus buahan, pes sehingga ke pembotolan serta kemudahan Spray Drying dan Freeze Drying (lyophilisation)
Pusat ini diuruskan oleh TPM Biotech Sdn.Bhd iaitu anak syarikat Technology Park Malaysia Corporation Sdn.Bhd ,sebuah milik kerajaan di bawah seliaan Kementerian Sains ,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).



Selain itu, terdapat juga Pusat Biotek Herba di Raub, Pahang.

Monday 7 May 2012

Hari Kelepasan Am Perlis

Hari Kelepasan Am Negeri Perlis Tahun 2012

Tarikh Hari Pelepasan Am
23 - 24 Januari 2012 * Tahun Baru Cina
05 Februari 2012 * Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
01 Mei 2012 * Hari Pekerja
05 Mei 2012 * Hari Wesak
17 Mei 2012 # Hari Keputeraan D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis
02 Jun 2012 Hari Keputraan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
17 Jun 2012 # Israk dan Mikraj
06 Ogos 2012 # Nuzul Al-Quran
19-20 Ogos 2012 * Hari Raya Puasa **
31 Ogos 2012 * Hari Kebangsaan
16 September 2012 * Hari Malaysia
26 - 27 Oktober 2012 * Hari Raya Qurban **
13 November 2012 * Hari Deepavali **
15 November 2012 * Awal Muharram (MAAL HIJRAH) 1434 HIJRAH
25 Disember 2012 * Hari Krismas
   
CATATAN
*HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN  
** TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN
#HARI KELEPASAN AM NEGERI
PERINGATAN

JIKA MANA-MANA HARI KELEPASAN AM ITU JATUH PADA HARI KELEPASAN MINGGUAN ATAU HARI KELEPASAN YANG LAIN, MAKA HARI TERSEBUT HENDAKLAH DIGANTIKAN DENGAN HARI ESOKNYA DAN JIKA HARI ESOKNYA ITU PULA SEDIA MENJADI HARI KELEPASAN, MAKA HARI BERIKUTNYA PULA HENDAKLAH DIJADIKAN HARI KELEPASAN. JIKA HARI KELEPASAN ITU JATUH PADA HARI SABTU, MAKA TIADA CUTI GANTI BAGINYA.