Tuesday 9 July 2013

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Seluruh Negeri 1434H/2013M

Assalamualaikum dan Salam Bloggin'. Seluruh umat Islam akan menunaikan ibadat dalam Rukun Islam ke-4. Berpuasa di Bulan Ramadhan pada *10 Julai 2013/ 1 Ramadhan 1434H. (Ada juga yang bukan Islam turut berpuasa mengikut amalan Orang islam ni, tapi walaupun tidak mendapat Pahala, semoga dia dapat kesihatan la...)
5 RUKUN ISLAM 1. Mengucap dua kalimah syahadah. 2. Mendirikan solat. 3. Menunaikan zakat. 4. Berpuasa di bulan Ramadhan. 5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu. 6 RUKUN IMAN 1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala. 2. Beriman dengan para malaikat. 3. Beriman dengan kitab-kitab suci. 4. Beriman dengan para Rasul. 5. Beriman dengan Hari Akhirat. 6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
Amalan berpuasa memang bagus untuk kesihatan badan manusia, jika sebelum ini kita asyik makan jer tak henti-henti, semua makanan yang bercampur dalam perut ini yang boleh berikan kita kesihatan dan juga penyakit. Jika berpuasa ini memudaratkan kesihatan, islam sendiri tidak menggalakkan seseorang itu berpuasa. Jadi, sebagai persiapan kita untuk menghadapi Bulan Puasa ni, wajiblah kena tahu Waktu Imsak dan Berbuka Puasa ni...Korang boleh Klik pada negeri untuk download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Seluruh Negeri Di Malaysia untuk 2013M.
Sumber: InfoHarian
NIAT PUASA
Arab:
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ
Lafaz:
Nawaitu saumagadin an'adai fardi syahri ramadhana hadzihissanati lillahita'ala.
Erti:
"Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu puasa pada bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala" Atau Niat berpuasa untuk Sebulan  "Sahaja aku berpuasa sebulan bulan Ramadhan bagi tahun ini kerana Allah Taala"
  • Do’a Berbuka Puasa Ramadhan :
doa buka puasa
Dibaca   : Allahuma laka shumtu wabika amantu wa ‘ala rizqika aftartu birahmatika ya arhama rohimin.
Artinya : Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan dengan rizki-Mu aku berbuka, Maha besar Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Sumber: Rajainter.net
SELAMAT BERPUASA DAN JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH YER......