Thursday 24 May 2012

Pengenalan Pusat Biotek Herba Perlis

 Pusat Biotek Herba Perlis, Technology Park Malaysia di tubuhkan untuk memenuhi keperluan usahawan-usahawan di Malaysia khususnya. Terletak di Bukit Ayer, Mukim Kurong Batang, Kangar,Pusat ini menumpukan bukan sahaja dalam Pemprosesan Herba tetapi pemprosan produk berasaskan buah-buahan dan rempah ratus. Dengan teknologi yang sedia ada di sini dapat membantu usahawan Malaysia untuk mengembangkan kualiti produk bermula daripada buahan kering, jus buahan, pes sehingga ke pembotolan serta kemudahan Spray Drying dan Freeze Drying (lyophilisation)
Pusat ini diuruskan oleh TPM Biotech Sdn.Bhd iaitu anak syarikat Technology Park Malaysia Corporation Sdn.Bhd ,sebuah milik kerajaan di bawah seliaan Kementerian Sains ,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).



Selain itu, terdapat juga Pusat Biotek Herba di Raub, Pahang.

Monday 7 May 2012

Hari Kelepasan Am Perlis

Hari Kelepasan Am Negeri Perlis Tahun 2012

Tarikh Hari Pelepasan Am
23 - 24 Januari 2012 * Tahun Baru Cina
05 Februari 2012 * Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
01 Mei 2012 * Hari Pekerja
05 Mei 2012 * Hari Wesak
17 Mei 2012 # Hari Keputeraan D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis
02 Jun 2012 Hari Keputraan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
17 Jun 2012 # Israk dan Mikraj
06 Ogos 2012 # Nuzul Al-Quran
19-20 Ogos 2012 * Hari Raya Puasa **
31 Ogos 2012 * Hari Kebangsaan
16 September 2012 * Hari Malaysia
26 - 27 Oktober 2012 * Hari Raya Qurban **
13 November 2012 * Hari Deepavali **
15 November 2012 * Awal Muharram (MAAL HIJRAH) 1434 HIJRAH
25 Disember 2012 * Hari Krismas
   
CATATAN
*HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN  
** TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN
#HARI KELEPASAN AM NEGERI
PERINGATAN

JIKA MANA-MANA HARI KELEPASAN AM ITU JATUH PADA HARI KELEPASAN MINGGUAN ATAU HARI KELEPASAN YANG LAIN, MAKA HARI TERSEBUT HENDAKLAH DIGANTIKAN DENGAN HARI ESOKNYA DAN JIKA HARI ESOKNYA ITU PULA SEDIA MENJADI HARI KELEPASAN, MAKA HARI BERIKUTNYA PULA HENDAKLAH DIJADIKAN HARI KELEPASAN. JIKA HARI KELEPASAN ITU JATUH PADA HARI SABTU, MAKA TIADA CUTI GANTI BAGINYA.